Bagaimana Cara Kitar Semula Plastik?
• Plastik-plastik yang boleh dikitarsemula, ini seterusnya diasingkan mengikut kategori.
•
Kitar semula plastik ini adalah satu perkara yang paling mudah dan ringkas.
Plastik akan dipisah-pisahkan sehingga menjadi serpihan halus yang bersaiz
lebih kurang 1 sentimeter. Kemudian ia dicuci untuk membuang segala kotoran.
Serpihan yang telah dibersihan itu tadi akan dikeringkan melalui saluran udara
panas.
•
Serpihan-serpihan plastik kemudiannya dibungkus untuk dijual (dalam bentuk
serpihan) ataupun akan dijadikan bahan-bahan baru.
Tenaga yang digunakan untuk menghasilkan plastik daripada kitar semula hanya 2/3 daripada menghasilkan plastik yang baru.
Pelbagai bentuk Plastik
Terdapat berbagai jenis plastik boleh didapati. Ia mesti diasingkan sebelum dikitar semula kerana setiap plastik cair pada suhu yang berbeza. Industri plastik sendiri telah mewujudkan kod identifikasi bagi melabel pelbagai jenis plastik yang berbeza.
Antara jenis-jenis plastik ialah


Kegunaan : Botol minuman ringan dan mineral. Jenis yang paling banyak dkitar semula. Kebanyakan pusat kitar semula memerlukan anda mengasingkan penutupnya dan meleperkan botol tersebut.
Kegunaan : Botol detergen dan minyak masak, beg runcit serta mainan plastik.
• Type 3 - Vinyl/Polyvinyl Chloride (V)
Kegunaan : Paip plastik, perabut luaran. Pusat kitar semula jarang mengambil bahan ini untuk dikitar semula
• Type 4 - Low Density Polyethylene (LDPE)
Kegunaan : Beg plastik, pelapik tin, bekas pengisi makanan. Jarang di gunakan.
•
Type 5 - Polypropylene (PP)
Kegunaan
: Penutup plastik, penyedut air minuman, pembalut makanan, permaidani. Jarang
dikitar semula. Biasa nya di tanam di tapak pelupusan.
•
Type 6 - Polystyrene (PS)
Kegunaan
: Palet pembungkus, cawan polystyrene. Kebanyakan stor perkapalan/pembungkusan
akan menerima bahan ini untuk digunakan semula.
•
Type 7 - Lain-lain
Kegunaan
: Sesetengah jenis pengisi makanan dan tupperware.
Jika
kita lihat disekeliling kita, ada pelbagai rupa bentuk dan
jenis barangan diperbuat dari plastik. Plastik merupakan bahan yang
amat meluas sekali penggunaannya. Apabila banyak digunakan, maka banyaklah juga
ianya dibuang. Kitar semula plastik adalah cara terbaik.
Plastik
tidak mudah mereput dan terlerai secara semulajadi. Ianya memerlukan
jangka masa yang terlalu lama. Dari puluhan tahun sehinggalah ada yang mencecah
ratusan ribu tahun untuk mereput mengikut jenis-jenis plastik tersebut.