Isnin, 18 April 2016

                            

Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula.
Bagaimana Cara Kitar Semula Plastik?






 
• Plastik-plastik yang boleh dikitarsemula, ini seterusnya diasingkan mengikut kategori.

• Kitar semula plastik ini adalah satu perkara yang paling mudah dan ringkas. Plastik akan dipisah-pisahkan sehingga menjadi serpihan halus yang bersaiz lebih kurang 1 sentimeter. Kemudian ia dicuci untuk membuang segala kotoran. Serpihan yang telah       dibersihan itu tadi akan dikeringkan melalui saluran udara panas.
  • Serpihan-serpihan plastik kemudiannya dibungkus untuk dijual (dalam bentuk serpihan) ataupun akan dijadikan bahan-bahan baru.

Tenaga yang digunakan untuk menghasilkan plastik daripada kitar semula hanya 2/3 daripada menghasilkan plastik yang baru.


Pelbagai bentuk Plastik

Terdapat berbagai jenis plastik boleh didapati. Ia mesti diasingkan sebelum dikitar semula kerana setiap plastik cair pada suhu yang berbeza. Industri plastik sendiri telah mewujudkan kod identifikasi bagi melabel pelbagai jenis plastik yang berbeza.


 Antara jenis-jenis plastik ialah
                Jenis-jenis Plastik Dan Kitar Semula
Jenis-jenis Plastik Dan Kitar Semula
• Type 1 - Polyethylene Terephthalate (PETE)
Kegunaan : Botol minuman ringan dan mineral. Jenis yang paling banyak dkitar semula. Kebanyakan pusat kitar semula memerlukan anda mengasingkan penutupnya dan               meleperkan botol tersebut.
Jenis-jenis Plastik Dan Kitar Semula
• Type 2 - High Density Polyethylene (HDPE)
Kegunaan : Botol detergen dan minyak masak, beg runcit serta mainan plastik.

• Type 3 - Vinyl/Polyvinyl Chloride (V)
Kegunaan : Paip plastik, perabut luaran. Pusat kitar semula jarang mengambil bahan ini untuk dikitar semula

• Type 4 - Low Density Polyethylene (LDPE)
Kegunaan : Beg plastik, pelapik tin, bekas pengisi makanan. Jarang di gunakan.
Jenis-jenis Plastik Dan Kitar Semula

• Type 5 - Polypropylene (PP)

Kegunaan : Penutup plastik, penyedut air minuman, pembalut makanan, permaidani. Jarang dikitar semula. Biasa nya di tanam di tapak pelupusan.



• Type 6 - Polystyrene (PS)

Kegunaan : Palet pembungkus, cawan polystyrene. Kebanyakan stor perkapalan/pembungkusan akan menerima bahan ini untuk digunakan semula.



• Type 7 - Lain-lain

Kegunaan : Sesetengah jenis pengisi makanan dan tupperware.



Jika kita lihat disekeliling kita, ada pelbagai rupa bentuk dan jenis barangan diperbuat dari plastik. Plastik merupakan bahan yang amat meluas sekali penggunaannya. Apabila banyak digunakan, maka banyaklah juga ianya dibuang. Kitar semula plastik adalah cara terbaik.



Plastik tidak mudah mereput dan terlerai secara semulajadi. Ianya memerlukan jangka masa yang terlalu lama. Dari puluhan tahun sehinggalah ada yang mencecah ratusan ribu tahun untuk mereput mengikut jenis-jenis plastik tersebut.

1 ulasan:

  1. What Is Wynn Casino And How To Become A Millionaire
    Wynn casino is part 진주 출장마사지 of a larger group of high-profile high rollers 세종특별자치 출장안마 in Las Vegas, which includes 창원 출장마사지 Treasure 부산광역 출장샵 Island Resort Casino. 문경 출장샵 Wynn

    BalasPadam